Saturday 10 November 2012

Muhasabah Diri

Assalamualaikum,

Apa khabar iman kita hari ini? Sebagai permulaan,biarlah saya mengingatkan sesuatu kepada semua termasuk diri saya sendiri. "IMAN BOLEH BERTAMBAH DAN BERKURANG". Namun persoalan kita setiap hari,macam mana AKU NAK MAINTAIN IMAN AKU? Adakah hanya dengan mengucapkan aku ada iman lagi? Sama-sama kita renungkan,dan sedari di mana tahap keimanan kita.

Kita perlu kerap memuhasabah kan diri,agar diri yang kerdil lagi hina ini sentiasa menghayati,mengikuti segala suruhan Allah. Banyak cara yang kadang-kadang secara tak sedar boleh menimbulkan perasaan cinta kepada Allah. Sebagai contoh,saya sendiri tidak menafikan bahawa apabila melihat gambar-gambar yang melibatkan saudara-saudara kita yang terkorban di Gaza atau di tempat-tempat lain yang berpunca daripada pihak yang tidak berperikemanusia,timbul suatu perasaan sedih dalam diri. Sedih kerana melihat insan yang kita anggap saudara  kita,adik-adik kita terkorban. Lebih menyedihkan apabila anak yang kecil, kehilangan kedua ibu bapa. Ketika itu,timbul juga suatu perasaan syukur kerana sehingga hari ini, kita masih lagi mampu menatap wajah-wajah suci kedua ibu bapa kita. Bersyukur kerana hari ini kita mampu hidup dalam keamanan, hidup diberi makanan mewah. Namun,ramai yang tidak menyedari nikmat yang Allah bagi itu bersifat sementara. Ramai yang leka dibuai kemewahan yang Allah SWT beri pada kita. Kadang-kadang, timbul perasaan ingin membentuk semula akidah dalam diri. Kalau kita selidiki kembali,selepas lahirnya Nabi terakhir iaitu junjungan besar Rasulullah SAW, membawa kembali ajaran Islam di muka bumi ini. Baginda memperkenalkan Islam ibarat menyusun batu bata sebagai asas untuk membina sebuah rumah yakni dengan menyebarkan agama Islam secara rahsia. Pada peringkat seterusnya, barulah Baginda menyebarkan secara terang-terangan. 

Kalau kita lihat dari segi gaya hidup dan pemikiran umat Islam pada hari ini ramai yang telah melupakan pengorbanan Baginda SAW dalam membawa risalah Islam. Mereka le

Because We Care About You

Assalamualaikum,
This is my first post on BWC..
Post pertama yang saya cipta kerana saya mahu bermula hidup dengan mengambil kisah tentang mereka.
Who is "MEREKA". Mereka yang saya maksudkan ialah insan-insan yang diperlakukan dengan kejam dalam hidup mereka,insan yang tidak tahu apa-apa mengenai dunia namun mereka diperlakukan seperti mereka ini pengganas terhadap orang lain. 

Saya sebak kerana selama 19 tahun saya hidup,menghirup udara yang Allah SWT beri pada setiap detik, saya tidak banyak mempelajari sesuatu ilmu yang berguna kepada manusia lain dan juga diri saya sendiri, saya tidak banyak mengambil tahu tentang saudara-saudara Islam saya di luar negara.

Memang niat dan cita-cita saya sejak kecil lagi mahu menjadi sukarelawan di negara-negara yang bergolak. Dan saya memang bercita-cita tinggi untuk pergi menghantar bantuan,namun apa yang saya sedar dalam diri saya hari ini ialah, semangat untuk membantu saudara-saudara saya di sana hanya berkobar-kobar apabila timbul sesuatu isu yang besar.

Sebagai contoh, pada pagi (cuti midsem) seperti biasa saya akan membaca risalah2 tentang perihal di luar negara. Namun pada pagi itu saya terlihat post salah seorang kawan di FB saya tentang FLASHMOB FOR SYRIA@KLCC. Saya agak sebak apabila menonton video tersebut. Saya merasakan apakah kebaikan yang saya TELAH lakukan untuk saudara-saudara seIslam saya di Syria? Yang lebih menyedihkan diri saya sendiri apabila saya sendiri mengetahui tentang pergolakan yang berlaku di Syria namun tidak pernah mengkaji punca bagi pergolakan tersebut. Timbul persoalan dalam diri saya, ADAKAH AKU INGIN MENJADI SUKARELAWAN UNTUK SAUDARA-SAUDARA KU SEBAGAI PENGISIAN DI MASA LAPANG? ATAU AKU IKHLAS BERBUAT DEMIKIAN KERANA AKU MENGAMBIL BERAT TENTANG MEREKA KERANA ALLAH SWT?

Di mana dan apakah sebenarnya tujuan aku bercita-cita demikian? YA Allah, andai aku sebelum ini hanya menjadi manusia yang hanya mengambil berat tentang mereka apabila berlaku sesuatu pergolakan atau kekejaman, jadikan lah hari ini sebagai TITIK PERMULAAN untuk aku merubah segala kesilapan aku itu untuk dijadikan sejarah. Sejarah yang akan aku buat sebagai pengajaran dalam hidup agar aku lebih mengambil tahu tentang saudara-saudara aku di sana. Adik-adik ku di sana. Moga Allah SWT memberi keampunan terhadap diri aku (kita semua).

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim”. (Al-A’raaf 7:47)